Kentut

Ya, tajuknya kentut, memang awak tak salah tengok, hehehe

Tajuk entry ni diinspirasikan oleh satu cerita yang saya pernah dengar a few years back, umm, perhaps I was 15 or 16 that time. Yang nyebabkan saya teringat cerita kentut ni adalah sebab hari ni ada family members saya yang makan kacang dan kentut, hihihi n believe me, its not me okay, hehehe.

Masa dengar cerita nih, saya teringat bapak saya yang tak sempat pun nak dengar cerita ni sampai habis, sebab dia dah sakit perut gelak, hehhe (agaknya memang keturunan gelak kot, entahla)

Adala satu couple laki bini, depa nih baru kahwin. Nak kata baru sangat tak jugak, tapi dalam lingkungan satu tahun cam tu. Nak dijadikan cerita, satu hari on the way nak balik umah lepas keja, si suami punya keta rosak, then terpaksa hantar masuk workshop untuk repair. Sambil nunggu ketanya dibaiki, si suami nampak ada gerai makan bersebelahan dengan workshop tu. Memandangkan dia lapaq, maka menonong la si suami ni menuju ke arah gerai tu. Kebetulan pula gerai tu jual makanan goreng goreng, mee dan yang seangkatan dengannya. Dan gerai gini tentunya ada telur rebus. Si suami ni sebenarnya penggemar telur rebus die hard lah kiranya. Tapi sejak dah berumah tangga ni, dia dah jarang sangat makan telur rebus, pasal bini dia tak suka tabiat dia yang pelik ni, jadi demi jaga keharmonian rumah tangga, dia beralah.

Tapi bila letak punggung kat gerai ni dan ternampak pulak deretan telur rebus yang nampak sangat menarik tu, dia jadi kecur liur, lalu masa order makan, dia mintak sekali telur rebus extra. Selesai makan dia pun bangun nak beredar dari gerai tu, nak kembali ke workshop. Terpegun dengan deretan telur rebus tadi, dia tawar menawar dengan tokey gerai supaya si tokey mau jual beberapa biji telur rebus tu kat dia. Tawar punya tawar, dapatlah dia membeli beberapa biji telur rebus (banyak jugak la) tu.

Kembali ke workshop, kereta dia pun dah siap baiki, lalu lepas selesaikan bil, dia pun beransur, menuju ke rumah. Sepanjang perjalanan ke rumah, sambil drive, dia makan telur rebus yang dah siap dikupas kulitnya tu dengan rakusnya (ya la, nanti balik rumah takut bini merajuk lak kalu dapat tau dia balik ke tabiat pelik ni). Memang kenyang sungguh la cik abang sorang ni hari tu, menelan beberapa biji telur rebus, hehehe.

Sampai je kat porch rumah, bini dia keluar sambut dia sambil berkata "Bang, saya ada surprise untuk abang hari ni, jadi saya nak blind fold abang dulu, nanti saya bukakkan ye, tapi abang janji tau jangan bukak dulu blind fold ni nanti sampai saya bukak nanti, janji ye?"

Si suami lak, sayang bini nya hal, "Ye lah, tak bukaklah, tunggu awak bukakkan, janji". Dah tu, setelah si bini blind fold kan suaminya, dia pun pimpin la tangan si suami masuk ke dalam rumah dan menuju ke meja makan. Didudukkan suaminya pastu dia cakap, "Ingat ye bang, jangan bukak ye, nanti saya datang semula ye", bini terus menghilang.

Si suami ni tengah menunggu bininya, teringatla hari ni dia seronok makan telur rebus yang dah lama dia tak makan. Tersenyum senyum sorang teringat gelagat sendiri meratah telur rebus dengan enaknya. "Mujurla biniku tak tau, kalu tak, bising la dia nanti, " fikirnya sambil tersenyum senyum sumbing.

Tetiba, dia terasa kedatangan angin yang sangat kuat dan oleh sebab tak boleh tahan dia pun lepaskan je angin tu, "ala, buat macam biasala, hari hari pun aku kentut jugak", bisiknya sendiri sambil tersengih sengih sorang. Tak lama pun, tetiba terasa nak kentut lagi, dia cuba tahan, kot kot la angin tu mau masuk semula ke dalam, tapi bila rasa tak dapat nak elak dah, dia kentut jugak la, slow slow, tapi apakan daya, berbunyi jugak, this time, lebih kuat dari kentut yang awal tadi. Dia cuba dengar dengar, kot kot ada bunyi pergerakan bininya ka, tapi setelah diamati, dia rasa tak dak dengar apa apa, jadi dia pun tersenyum sumbing, "mujurlah dia tak ada kat sini".

Tapi, entah gamaknya dek penangan telur yang berlambak lambak dia telan tadi, rasa nak kentut yang sangat teruk datang nyerang semula, rasa teruk sangat dan dalam masa yang sama ingin berpegang kepada janji bininya yang mintak dia jangan ke mana mana dan jangan tanggalkan blind fold tu, dia terpaksa la stay still kat kerusi tu , tapi berpaut pada meja. Terkeluarlah bunyi "prooooooooooooooooooooot" yang agak panjang dan kuat jugaklah. Sambil terkentut tu, dia sendiri tergelak, ahhaha, sebab memikirkan kesan telurlah agaknya yang nyebabkan kentut gininya kuat.
Sambil kentut itu juga, dia macam dengar dengan tak dengar bunyi barang barang dia atas meja bergetar sama, macam nak terbalik pun ada, ahhaha. Kelakar jugak dan busuk boleh tahan nih kentut aku nih, fikirnya, sambil tersenyum sumbing. "Kibas kibas sikit aah, nanti berbau lagi jenuh".

Pastu dengar tapak kaki bininya datang dari arah dapur, dia pun cepat je betulkan kedudukan duduknya, kononnya biar bini tak ada syak apa apa. Bininya datang dekatnya dan kata "Saya bukakkan ya bang, surprise!" Blind fold ditarik, sambil menenyeh nenyeh mata yang terasa kabur dek ditutup lama, dia terpana memandang ke depan, tepi kiri kanan. Ayah, mak dan jiran sebelah laki bini sedang merenungnya dengan pandangan bak singa lapar!



P/s: saya menulis cerita ini di saat saya sangat mengantuk, tapi kerana perlu baca buku, saya gagahkan jugak la, biaq mata terbukak sikit dgn crita yg harapnya leh ngundang gelak ketawa, supaya tak mengantuk, hehe.

Maafkan bahasa saya yang berantakan sana sini...


Lets go back to the book, hehhe

Laughter is the best medicine


By: Syima Muslim

3 comments:

avie eicca said...

lawak gila!!!

Syima Muslim said...

ahahahaha, saya cut skit ceritanya, pttny lbh pnjg, hihi, cara kentut yg pelbagai, hihi

ejane fyruz said...

boleh tahan klaka dia hehe

Post a Comment

Nature

Nature